Seleweng dana KKLW: Bekas Menteri Kabinet dibebaskan
Astro Awani
Oktober 27, 2017 10:39 MYT
Oktober 27, 2017 10:39 MYT
Bekas Menteri Kabinet yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan dengan ikat jamin SPRM RM100,000 bersama dua penjamin tempatan dan RM80,000 deposit.
Perintah itu dibuat oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwanya Faliq Basiruddin.
Ahli politik berusia 60 tahun itu dibebaskan selepas ditahan reman selama lapan hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.
Terdahulu, bekas Menteri Kabinet itu tiba di Mahkamah Kota Kinabalu berbaju putih kira-kira pukul 9.30 pagi.
Pada 19 Oktober Ahli Parlimen dari daerah di Pantai Timur Sabah itu ditahan SPRM di pejabat Suruhanjaya itu sekitar jam 9 malam tadi.
#Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
#Kota Kinabalu
#Sabah
#Seleweng dana KKLW
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia