Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan agar krisis melibatkan dua penceramah bebas terkenal negara diselesaikan secara aman dan tertutup.
Exconya, Armand Azha Abu Hanifah berkata, pertelingkahan di antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Datuk Mohd Kazim Elias itu hanya akan merugikan martabat dan maruah agama Islam selain meminta penyokong kedua-dua pihak agar tidak menyerang antara satu sama lain.
Mengulas krisis yang melibatkan kedua-dua penceramah bebas ini, Armand Azha menambah isu tersebut turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bersetuju agar perkara itu diselesaikan secara berhemah dan tertutup.
"Saya juga mohon agar Jamil Khir sendiri menjadi orang perantaraan dalam menyelesaikan isu ini secara baik dan saksama," kata Armand Azha kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Armand Azha mengulas krisis Mohd Kazim yang melahirkan rasa terkilannya berhubung kenyataan Dr Mohd Asri yang menuduhnya terlibat dengan pembacaan riwayat palsu mengenai Rasulullah SAW.
Ustaz Kazim berkata, dia turut kecewa kerana kenyataan Mufti Perlis itu yang menjadi viral di laman sosial telah menyebabkan segala hak nilainya berceramah selama 24 tahun seolah-olah tidak ada nilai dan kebaikan langsung.
Jelas Armand lagi, penyelesaian tertutup sekali gus dapat mengelak tanggapan buruk kaum lain selain menjaga kesucian agama Islam sendiri.
"Kita tidak mahu orang bukan Islam bertepuk tangan dan ketawakan kita bila tiba isu agama.
"Orang lain tengok kita sesama kita bergaduh dan bertelagah secara terbuka sehingga akhirnya maruah dan martabat Islam sendiri jatuh dan tergadai.
"Jangan menang bersorak akhirnya hilang martabat agama Islam. Cari jalan penyelesaian daripada biarkan ianya menjadi virus dan kudis yang hanya merugikan Islam," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Fri Mar 06 2015
ARMAND AZHA: Selesaikan isu Ustaz Kazim dan Dr Asri secara tertutup. -Gambar fail
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
'Kerjasama Zahid-Anwar': Ini masa sesuai Presiden UMNO bersih imej - Armand Azha
Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz sebelum ini dakwa Ahmad Zahid membuat perancangan tertentu dengan Anwar Ibrahim.
Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.
Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.
Bersih 5: Armand, Howard Lee ditahan polis
Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ditahan ketika berhimpun di Padang Merbok di sini hari ini.
Kaji semula kadar tol tidak seimbang - Armand
Kerajaan perlu mengkaji semula setiap perjanjian konsesi-konsesi tol terutama dalam kenaikan kadarnya yang tidak seimbang.
Tiada perbincangan untuk jatuhkan Najib - Exco Pemuda UMNO
Perbincangan hanya melibatkan isu-isu yang bakal disentuh oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil di Rompin dan Permatang Pauh.