Selepas terima rawatan, Dr Siti Hasmah dibenarkan pulang

Astro Awani
Ogos 29, 2019 14:47 MYT
Dr Siti Hasmah sedang dipimpin keluar dari Prince Court Medical Centre hari ini. - Foto FB Adam Mukhriz

Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Beberapa imej yang dikongsi pegawai media sosial Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd Mahayeddin memaparkan Dr Siti Hasmah sedang dipimpin oleh beberapa individu selepas menerima rawatan selama dua hari di hospital swasta berkenaan.
BACA: Dr Siti Hasmah mengalami keracunan makanan yang ringan
BACA: Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M
Dr Siti Hasmah dimasukkan ke Prince Court Medical Centre di ibu negara selepas mengalami keracunan makanan ringan.
#Dr Mahathir Mohamad #keracunan makanan #kesihatan #Prince Court Medical Centre #Siti Hasmah
;