Selepas tangguh, sambutan Hari Hak Asasi Manusia diadakan Ahad
Hilmi Malik
Disember 7, 2018 16:40 MYT
Disember 7, 2018 16:40 MYT
Selepas ditangguhkan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memutuskan supaya penganjuran Hari Hak Asasi Manusia diadakan pada Ahad di tempat dan lokasi yang sama.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata pihaknya amat kecewa dengan arahan yang dibuat polis susulan program tahunan yang telah dirancang awal oleh mereka.
"Kami kecewa dengan keputusan yang telah diputuskan. Tujuan kami hanya untuk menyambut Hari Hak Asasi Manusia dan tiada kena mengena dengan perhimpunan. Objektif kami untuk memperlihatkan fungsi suhakam kepada masyarakat dan mengajak orang ramai untuk turut serta", katanya.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]