Selepas Saifullah, giliran Nik Nazmi pula dipanggil polis

Mariah Ahmad
Mac 7, 2015 17:10 MYT
Selepas Saifullah ditahan, giliran Nik Nazmi pula dipanggil polis
Tidak sampai beberapa jam selepas Ketua Pemuda Parti Keadlian Rakyat (PKR) Kelana Jaya Saifullah Zulkifli ditahan polis, kini giliran Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan 'Kita Lawan' pada Sabtu.
Nik Nazmi dalam catatan tweetnya pada malam Sabtu berkata beliau menerima panggilan daripada pegawai polis untuk memintanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 8 Mac.
“Saya maklum akan hadir esok (Ahad) 10 pagi dengan peguam,” kata beliau dalam akaun Twitter peribadinya pada kira-kira jam 10.20 malam tadi.

terima panggilan dr pegawai @PDRMsia minta sy ke IPD Dang Wangi. Sy maklum akan hadir esok 10 pg dgn peguam @melissa_ms #KitaLawan

— Nik Nazmi (@niknazmi) March 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 'Kita Lawan' supaya bersedia dengan apa-apa tindakan yang akan diambil pihak polis.
Perhimpunan 'Kita Lawan' diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar setelah mendapatinya bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
#Bersih #Fahmi Fadzil #kita lawan #Nik Nazmi Nik Ahmad #perhimpunan #saifullah zulkifli #Tan Sri Khalid Abu Bakar