Selepas Najib tidur di lokap SPRM malam ini, apa yang boleh dijangka esok?

Astro Awani
Julai 3, 2018 09:38 MYT
Pada kebiasaannya, selepas ditahan, seseorang yang ditahan akan bermalam di lokap SPRM sebelum berdepan pendakwaan keesokan hari - Foto fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar memaklumkan apa yang menjadi perhatian esok ialah apakah tuduhan-tuduhan yang akan dikenakan terhadap bekas perdana menteri yang juga bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB itu.
"Hari ini merupakan hari yang bersejarah, pada kebiasaannya malam ini kena tidur dalam lokap SPRM.
"Esok kita boleh lihat apakah tuduhan-tuduhan sama ada Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Rasuah atau AMLA," kata Akhbar kepada Astro AWANI.
BACA: TERKINI! Najib Razak ditahan SPRM, akan didakwa esok

Apa yang kita boleh jangka esok selepas @NajibRazak bermalam di @SPRMMalaysia malam ini? Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar boleh jawab. @501Awani pic.twitter.com/darUnsQhKy

— Ashwad Ismail AWANI (@ashwadismail) July 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#1MDB #Najib ditahan #Najib ditangkap #najib kena tahan #SPRM