Selepas Malaysia, Pabuk kini menerjah Thailand

Raja Hisyam Raja Zaid
Januari 4, 2019 23:00 MYT
Bot-bot nelayan ditambat secara rapat di sebuah muara sungai di Pattani sebagai persiapan menerima terjahan Pabuk. - Reuters
Selepas membadai perairan Pantai Timur Malaysia pada Rabu, ribut tropika Pabuk kini dilaporkan berada kira-kira 55 kilometer ke barat daya Surat Thani, Thailand.
Malah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan ribut itu sedang bergerak ke arah barat negara itu dengan kelajuan 15km sejam.
Ribut tersebut dijangka menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Selat Melaka Utara.
Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini (Jumaat), MetMalaysia berkata jarak ribut itu dari bandar terdekat di negara ini ialah kira-kira 267km ke barat laut Padang Besar, Perlis.
#gelora #laut #Malaysia #pabuk #panah #Pantai Timur #Perlis #petir #Thailand
;