Selepas 3 pengarang, penerbit The Edge dan CEO TMI pula ditahan polis
Astro Awani
Mac 31, 2015 12:13 MYT
Mac 31, 2015 12:13 MYT
Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq hari ini ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung laporan tentang undang-undang jenayah Islam atau hudud.
Perkara ini disahkan oleh peguam yang mewakili Jahabar dan Kay Tat, Syahredzan Johan melalui twitnya hari ini.
Ketika dihubungi, Syahredzan memberitahu pihaknya masih menunggu keputusan lanjutan reman tiga pengarang TMI yang ditahan semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara turut mengesahkan penahanan tersebut.
Penahanan tersebut adalah susulan aduan yang dibuat oleh beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional berkaitan laporan oleh portal berkenaan berhubung keputusan Majlis Raja-Raja tentang undang-undang hudud.