Selangor tubuh suruhanjaya siasat dakwaan penipuan pilihan raya

Bernama
Jun 20, 2013 16:30 MYT
Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lepas.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penubuhan suruhanjaya itu selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan negeri di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
"Kerajaan negeri akan mengumumkan anggota panel yang dilantik serta syarat dan peraturan suruhanjaya ini tidak lama lagi," katanya.
Abdul Khalid berkata satu sekretariat diketuai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad akan bertindak sebagai penyelaras bagi memastikan suruhanjaya itu bergerak lancar.
#Abdul Khalid Ibrahim #pilihan raya #Selangor
;