Selangor rekod jumlah kes harian tinggi jadi tumpuan sidang media KKM

Fauzi Suhaimi
November 30, 2020 18:54 MYT
Sebanyak 308 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Negeri Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian paling tinggi membabitkan COVID-19 dengan 402 jangkitan baharu pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 308 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.
Ini katanya, diikuti Sabah sebanyak 326 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 141 kes.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media KKM pada Isnin:
1. Sebanyak 2,112 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 54,759 kes
2. Malaysia rekod kes harian baharu lebih rendah berbanding bilangan kes sembuh iaitu sebanyak 1,212 kes.
3. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,578 kes.
4. Sebanyak 101 kes dilaporkan berkaitan enam kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.
5. Terdapat pertambahan tiga kes kematian menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 360 kes.
BACA: COVID-19: 1,212 kes baharu, 3 kematian direkodkan
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kesihatan #penjara #KKM
;