Selangor rangka langkah jangka panjang selesai isu air

Fauzi Suhaimi
September 6, 2020 13:58 MYT
Air Selangor menjangkakan 50 peratus akaun di negeri itu akan kembali pulih menjelang tengah malam ini (Ahad). - Foto BERNAMA
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) komited merangka beberapa langkah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu air di negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rancangan itu akan dilaksanakan merangkumi penyitaan premis yang disyaki menyebabkan punca insiden pencemaran air, arahan pengosongan premis serta-merta dan pemindaan undang-undang yang bakal membawa hukuman lebih keras.
Tegasnya, tindakan serta-merta juga telah diambil iaitu penyitaan kilang yang disyaki tersebut dan tangkapan telah dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan pemilik-pemilik kilang tersebut.
"Selain itu, agensi terlibat juga akan meluaskan penjejakan bauan ke Sungai Sembah bagi melengkapi usaha yang telah dilakukan di 53 premis sekitar Sungai Gong bagi mendepani jangkaan masalah sama daripada berlaku pada masa hadapan.
"Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak akan mengeluarkan notis 7A supaya pihak kilang mengosongkan premis serta merta setelah operasi mereka dihentikan sejak 3 September lalu selain denda RM50,000 dinaikkan ke RM1 juta melalui Pindaan Enakmen LUAS di Sesi Dewan Negeri Selangor kelak," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Ahad.

PERKEMBANGAN SEMASA GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL Setelah selesai mempengerusikan mesyuarat pelaporan penuh situasi semasa isu pencemaran air semalam, @air_selangor menjangkakan 50% akaun di seluruh negeri akan pulih kembali. Alhamdulillah. [THREAD] pic.twitter.com/PiwPJdsLN3

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menjangkakan 50 peratus akaun di negeri itu akan kembali pulih menjelang tengah malam ini (Ahad).

Beberapa langkah jangka masa panjang telah dirancang dan akan dilaksanakan yang merangkumi penyitaan premis yang disyaki menyebabkan punca insiden pencemaran air, arahan pengosongan premis serta merta serta pemindaan undang-undang yang bakal membawa hukuman lebih keras. pic.twitter.com/ZI4iGZEP9z

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Bagaimanapun keutamaan diberikan kepada mereka yang memerlukan seperti hospital dan pusat dialisis supaya pusat kesan gangguan air dapat diminimumkan," ujarnya.
Jumaat lalu, sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.
Gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran itu.
Tujuh wilayah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
BACA: Krisis Air: 32.28 peratus kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor
BACA: Bekalan air di Lembah Klang 51.6 peratus pulih - Tuan Ibrahim
#air #Amirudin Shari #Hospital #Hulu Selangor #kerajaan #Klang #Kuala Langat #Kuala Lumpur #Kuala Selangor #Malaysia #menteri #operasi #PDRM #polis #Polis Diraja Malaysia #shah alam #undang-undang
;