SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) setakat ini telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk Bantuan Khas kepada Anak Istimewa Selangor (Anis) yang memberi manfaat kepada lebih 1,500 penerima mempunyai anak berstatus orang kurang upaya (OKU) sejak 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebanyak RM1 juta diperuntukkan setiap tahun bagi pelaksanaan program yang membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa kurang berkemampuan menampung kos pendidikan, terapi, peralatan dan ubat-ubatan diperlukan.
Beliau berkata, untuk peruntukan 2022 setakat hari ini, sejumlah RM756,770 telah diagihkan kepada 372 penerima meliputi RM605,750 untuk bantuan pendidikan kepada 303 penerima manakala selebihnya adalah bantuan peralatan dan barangan keperluan khas bagi anak OKU bernilai RM151,020.
"Sebahagian besar penerima bantuan adalah dalam kalangan memohon subsidi yuran pembelajaran di Pusat Intervensi yang kini menjadi pilihan utama ibu bapa mempunyai anak dengan masalah pembelajaran.
"Manakala untuk bantuan pembelian barangan, ia terbuka kepada peralatan bagi semua kategori OKU," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Anis, di sini, hari ini.
Seorang penerima bantuan, Nurul Azhar Norrin, 36, berkata, bantuan berkenaan dapat meringankan beban perbelanjaan anaknya, Muhammad Darwish Danial, 11, yang menghidap penyakit Osteogenesis imperfecta (tulang rapuh) sejak berumur empat bulan.
Nurul Azhar yang turut menghidap penyakit sama kini menjaga anaknya sepenuh masa selepas menamatkan kerjayanya sebagai atlet powerlifting negara.
"Duit bantuan ini akan digunakan untuk beli lampin pakai buang dan susu khas kerana perbelanjaan bulanan bagi susu sahaja boleh mencecah sehingga RM600.
"Saya pun tidak bekerja sekarang untuk fokus jaga anak saya kerana sewaktu saya masih atlet, saya kerap pulang ke rumah disebabkan tulang anak saya sering patah akibat banyak bergerak," katanya yang menetap di Klang.
Penerima lain, Tan Kai Loo, 41 , turut teruja apabila dimaklumkan anaknya Hilary Fong, 4, yang menghidap Sindrom Down layak menerima bantuan tersebut buat kali pertama selepas menghantar permohonan pada Mei lepas.
"Bantuan ini dapat membantu tampung perbelanjaan untuk keperluan anak saya kerana perbelanjaan bulanan susu khas boleh mencecah sehingga RM800 kerana dia tidak boleh minum susu biasa. Sebelum ini pernah beri minum susu biasa, tapi tidak lama kemudian anak saya dikejarkan ke hospital," kata suri rumah itu. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebanyak RM1 juta diperuntukkan setiap tahun bagi pelaksanaan program yang membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa kurang berkemampuan. - Gambar SINAR HARIAN

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif, strategi tingkat akses pekerjaan golongan OKU
KESUMA melalui Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi MKBOKU melaksanakan pelbagai inisiatif dan strategi dalam usaha meningkatkan akses pekerjaan.

MEKAR: KPPN Turun padang serah MyKad gantian OKU sindrom down
Ramadan buat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down di Kampung Mak Kemas, Marang kali ini menjadi lebih bermakna apabila memperoleh kad pengenalan (MyKad) gantian hari ini.

Suspek tetak bapa direman tiga hari
Reman terhadap lelaki berumur 45 tahun itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Lumpuh akibat dihempap bas, bekas mekanik kini ubah suai kerusi roda untuk OKU
Mohd Rosdi Osman, 61, kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk melakukan rutin harian.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.