Selangor negeri tertinggi penularan COVID-19, ini 5 tumpuan sidang media KKM pada 9 Dis

Hilmi Malik
Disember 9, 2020 18:36 MYT
Tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 9 Disember. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Selangor kekal menjadi negeri tertinggi penularan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 277 kes.
Berikut merupakan tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 9 Disember:
1. 959 kes baharu COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini ialah 76,265 kes.
2. Lima kes kematian baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes kematian kini adalah sebanyak 393 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 10,748 kes.
4. 127 kes sedang dirawat di ICU, dengan 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5. KKM kesan pertambahan empat kluster baharu.
BACA: COVID-19: 959 kes baharu, lima lagi kes kematian dicatat
#ICU #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #koronavirus #Kluster baharu #Kementerian Kesihatan
;