KUALA LUMPUR: Negeri Selangor hari ini melancarkan Portal Selangor Government Data Exchange (SelGDX), satu platform perkongsian data bersepadu merentasi agensi-agensi negeri dan sektor awam di Selangor.
Portal itu menjadikan Selangor sebagai negeri pertama di Malaysia yang membangunkan platform tunggal perkongsian data merentas agensi.
Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Portal SelGDX dibangunkan dengan penglibatan lebih daripada 70 jabatan dan agensi kerajaan negeri, dengan lebih 30 Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API).
"Kita berharap dengan adanya Portal SelGDX, semua data yang tidak sensitif boleh dikongsikan, dan pengguna boleh mendapat data tersebut tanpa perlu mendaftar kepada jabatan atau mendapat kebenaran daripada mana-mana jabatan," katanya kepada media selepas merasmikan Portal SelGDX di Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC 2023) Kelapan, hari ini.
Menurut beliau, portal yang mula beroperasi pada 13 Oktober, 2023 itu bukan sahaja memudahkan perkongsian, capaian dan pemprosesan data yang lebih selamat, cepat dan tepat, tetapi juga memupuk penggunaan teknologi dan amalan tadbir urus yang baik, efisien dan telus.
Pelaksanaan portal ini adalah usaha sama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan rakan strategiknya TM One (Unit Penyelesaian Perniagaan, Perusahaan dan Sektor Awam Telekom Malaysia).
Kerjasama itu merangkumi beberapa aspek termasuk mereka bentuk, memasang, membangun, mengintegrasi, menguji, mentauliah, menyelenggara dan memberi khidmat sokongan sepanjang tempohpembangunan projek SelGDX.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Amirudin berkata, Portal SelGDX dibangunkan dengan penglibatan lebih daripada 70 jabatan dan agensi kerajaan negeri, dengan lebih 30 Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API). - Gambar fail
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju SUKMA 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak disalah guna - MAIS
Pemantauan pematuhan syarat tauliah mengajar agama Islam yang dilaksanakan dengan tegas di Selangor adalah bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kesucian agama terbela.
Kenaikan cukai taksiran: MPSepang jangka kutip RM191.9 juta
MPSepang menjangkakan hasil kutipan cukai taksiran meningkat daripada RM150.9 juta kepada RM191.9 juta pada tahun depan.
Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.