Selangor catat kes tertinggi, ini lima tumpuan sidang media COVID-19

Astro Awani
Disember 23, 2020 18:54 MYT
Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dalam tempoh lapan hari berturut-turut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dalam tempoh lapan hari berturut-turut.
Ini lima tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai COVID-19 hari ini:
1. 1,348 kes baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ialah 98,737 kes
2. Kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 710 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 80,014 kes
3. Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi untuk lapan hari berturut-turut iaitu sebanyak 535 kes
4. Lima lagi kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan , menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 444 kes
5. Lima lagi kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini
BACA: COVID-19: 1,348 jangkitan, 5 kematian, 5 kluster baharu
#COVID-19 #KKM #kes baharu #Kes sembuh #Kementerian Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah
;