Selangor adakan latihan simulasi banjir - MB

Bernama
September 22, 2022 22:44 MYT
Kerajaan Selangor akan mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Menerusi hantaran Facebook Amirudin berkata beliau juga akan mengumumkan peruntukan khas bagi menambah peralatan seperti bot, jentera dan petugas dalam persiapan menghadapi bencana itu.
"Keutamaan Kerajaan Negeri ketika ini adalah bagi memastikan nyawa dan kebajikan rakyat Selangor dipelihara. Kita akan berikhtiar semampunya, semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Insya-Allah," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Amirudin memaklumkan kerajaan Selangor akan mengadakan simulasi persediaan pada September ini bagi menghadapi risiko banjir dengan penumpuan kepada penambahbaikan operasi mencari dan menyelamat.
-- BERNAMA
#Selangor #simulasi banjir #bencana banjir #Menteri Besar #banjir selangor #Amirudin Shari
;