'Selamat Hari Raya Aidilfitri' - Netizen
Kohilah Sekaran
Julai 17, 2015 11:26 MYT
Julai 17, 2015 11:26 MYT
Hari yang dinantikan-nantikan oleh umat Islam sudah tiba. Sudah pasti, pagi raya ini dimulakan dengan salam-salaman sesama keluarga. Bagaimana sambutan hari raya pertama di rumah anda?
Mesti ramai yang sibuk pada raya pertama memandangkan banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memasak, layan tetamu yang hadir dan menziarahi rumah terbuka.
Bagaimanapun, kebanyakan kalangan umat Islam tidak melepaskan peluang untuk melahirkan salam Aidilfitri mereka di media sosial.
Malah, kemeriahan sambutan Raya telah dibawa ke laman Twitter oleh para netizen dengan berkongsi gambar-gambar Raya pertama mereka. Memang sungguh meriah untuk dipandang.
Bukan itu sahaja, rakan kita yang bukan Islam juga turut meriahkan sambutan Raya ini di media sosial dengan ucapan Aidilfitri mereka.
Kami di Astro AWANI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang menyambut.