Sekuriti makanan: Ini antara penyelesaian teknologi ditawar MOSTI

Fareez Azman
Jun 28, 2022 16:02 MYT
Krisis makanan di peringkat global sudah tentu memberi keresahan buat semua negara dan tidak terkecuali Malaysia yang banyak bergantung kepada import makanan.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Krisis makanan di peringkat global sudah tentu mencetuskan keresahan buat semua negara di dunia dan tidak terkecuali Malaysia yang banyak bergantung kepada import makanan.
Untuk itu, berikut adalah 46 penyelesaian teknologi yang ditawarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi meningkatkan sekuriti makanan negara dalam tempoh jangka masa pendek.
Kesemua penyelesaian teknologi ini merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang dibiayai oleh kerajaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, MOSTI memaklumkan penyelesaian itu merangkumi beberapa kluster seperti berikut:
Manakala antara teknologi penyelesaian ditawarkan sumber utama tenaga adalah:
Selain itu, kajian dan data di lapangan oleh Agensi Nuklear Malaysia juga memperlihatkan keupayaan biobaja berpotensi menjimatkan kos sehingga 50 peratus serta hasil ditingkatkan sehingga 8 peratus.
Malah menerusi teknologi penyelesaian dijangka mampu memberi impak berkesan dalam menjamin sekuriti bekalan makanan, kos berpatutan dan pengurangan kebergantungan buruh asing.
#MOSTI #Teknologi penyelesaian #agrokultur #akuakultur #tanaman
;