Sektor yang dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan
Astro Awani
Mac 18, 2020 17:20 MYT
Mac 18, 2020 17:20 MYT
Pada Isnin lalu (16 Mac), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Perintah itu dikeluarkan supaya segala bentuk aktiviti yang berpotensi menyebarkan virus COVID-19 dapat dibendung pada ketika wabak pandemik itu semakin memuncak di Malaysia.
Pejabat diarah supaya ditutup, cuti sekolah dilanjutkan begitu juga premis-premis perniagaan yang dikira tidak penting dalam keadaan buruk hari ini seperti pusat peranginan, tempat hiburan dan sebagainya.
Bagaimanapun, masih ada sektor yang dibenarkan untuk terus beroperasi.
Seperti mana diumumkan Perdana Menteri, sektor-sektor tersebut adalah bidang yang menjadi penggerak negara.
Berikut adalah senarai sektor-sektor yang dikecualikan daripada PKP:
1. Air
2. Elektrik
3. Tenaga
4. Komunikasi
5. Pos
6. Pengangkutan
7. Pengairan
8. Minyak
9. Gas
10. Bahan api
11. Pelincir
12. Penyiaran
13. Kewangan
14. Perbankan
15. Kesihatan
16. Farmasi
17. Bomba
18. Pelaburan
19. Penjara
20. Lapangan terbang
21. Keselamatan
22. Pembersihan
23. Pertahanan
24. Peruncitan
25. Bekalan makanan
Bagaimanapun, pecahan jenis pekerjaan dalam bidang-bidang disebutkan ini juga ada klasifikasi dan tahap kebenaran berbeza, menurut Majlis Keselamatan negara. Rujuk di sini:
~~~~
Kepada rakyat Malaysia yang tidak bekerja atau terlibat dalam mana-mana sektor disebutkan, anda diminta untuk berada di rumah dan hadkan pergerakan sepertimana digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Sebarang perlakuan yang melanggar arahan PKP boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sekiranya bidang kerja anda bukan satu daripada 25 sektor yang disebutkan di atas dan anda tetap diminta bekerja, anda boleh membuat laporan kepada pihak polis.
Kepada kalian yang bekerja dalam bidang-bidang terbabit, selamat bekerja dan pastikan terus mengutamakan langkah-langkah pencegahan yang sudah diuar-uarkan seperti pemakaian topeng, basuh tangan dengan kerap dan elak sentuhan yang tidak penting.
Sama-sama kita patuhi arahan ini selain mengutamakan kebersihan diri serta kekal tenang dalam kita bersama berusaha menghapus COVID-19.
#coronavirus
#COVID-19
#COVID19
#HAPUSCOVID19
#KekalTenang
#koronavirus
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#rakyat Malaysia