KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata hanya 2,982 daripada 18,547 kekosongan yang wujud dalam sektor pertanian telah diisi tahun lepas.
Beliau berkata, statistik Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SIP Perkeso) itu menunjukkan sektor pertanian masih kurang diminati dalam kalangan pencari kerja yang majoritinya terdiri daripada lepasan sekolah dan siswazah.
"Mungkin inilah masanya bagi sektor pertanian menjadi lebih kreatif dan menjenama semula pekerjaan untuk menarik perhatian golongan belia," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 yang diadakan secara maya hari ini.
Saravanan berkata pihaknya memahami kesukaran pihak industri dalam sektor agrikomoditi berhubung isu kekurangan tenaga kerja berikutan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam semua sektor.
Katanya sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada majikan yang terkesan, sama ada tidak berupaya ataupun sukar meneruskan penggajian pekerja asing, untuk memindahkan keseluruhan atau sebahagian pekerja asing mereka kepada syarikat lain melalui program Permohonan Pertukaran Majikan.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri juga telah melancarkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin bermula 16 November 2020 hingga 30 Jun 2021 merangkumi Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.
Selain itu, inisiatif di bawah Program PenjanaKerjaya iaitu "Malaysianization" juga telah diperkenalkan melibatkan penggantian jawatan pekerja asing oleh pekerja tempatan dengan insentif kepada majikan meliputi 40 peratus daripada gaji bulanan dengan nilai maksimum RM4,000.
"Sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan, atau mana yang lebih tinggi, akan dibayar terus kepada pekerja. Insentif ini layak diterima untuk tempoh enam bulan," katanya.
Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 yang diadakan secara maya selama dua hari bermula hari ini menawarkan lebih 8,600 kekosongan jawatan oleh 26 majikan merangkumi pelbagai program yang dirangka khas termasuk Webinar Kerjaya serta taklimat berkaitan PenjanaKerjaya 2.0.
Karnival itu dianjurkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama KSM menerusi Perkeso dan pencari kerja boleh mendaftar di pautan https://careerfair.perkeso.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Sektor pertanian perlu menjadi lebih kreatif dan menjenama semula pekerjaan untuk menarik perhatian golongan belia. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Inisiatif tubuh Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan diperhalusi - Mohamad
Penubuhan Jawatankuasa Kluster Indikator Keterjaminan Makanan Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara antara inisiatif keterjaminan makanan yang sedang diperhalusi.
Aset tetap ekonomi terkumpul negara naik 3.0 peratus kepada RM5.60 trilion
Stok Modal Kasar (SMK) yang mewakili modal terkumpul aset tetap dalam negara, mencatat nilai RM5.6 trilion dengan pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus pada 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Banci Pertanian 2024 dorong anak muda perkasa sekuriti makanan
Banci Pertanian 2024 membuktikan DOSM komited mengumpul data terkini agar dasar membabitkan sektor pertanian dapat diperkasa.
Bekas jurutera manfaatkan teknologi ceburi bidang pertanian
Anak jati Mersing ini memilih pisang sebagai tanaman utamanya memandangkan permintaan domestik yang tinggi dan harga yang lebih stabil.
Kementerian Digital main peranan penting galak perladangan moden, perkasa sektor pertanian - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata antara usaha tersebut adalah inisiatif Malaysia Digital AgTech3, diuruskan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
DOSM banci 40 peratus sektor pertanian di Pulau Pinang, negeri tertinggi
DOSM telah membanci sebanyak 40 peratus daripada 18,122 pertubuhan dan pengusaha yang terlibat dalam sektor pertanian di Pulau Pinang.
Terengganu sasar sektor pertanian sumbang 10 peratus kepada KDNK tahun hadapan - MB
Terengganu komited untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri kepada kira-kira 10 peratus tahun hadapan.
Negeri Sembilan fokus sektor pertanian untuk tingkat KDNK
Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif dengan memberikan penumpuan kepada sektor pertanian sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Konflik di Laut Merah dijangka tidak jejaskan import sektor pertanian, makanan negara
Mohamad berkata ini kerana laluan di Laut Merah itu kebiasaannya digunakan untuk perdagangan minyak.
Persepsi belia terhadap bidang pertanian perlu diubah - Chan
Kurangnya penglibatan golongan belia di negara ini dalam sektor pertanian menyebabkan kerjaya bidang itu diambil alih tenaga kerja warga asing.