Sektor pengurusan fasiliti, harta jangan akses CIMS MITI buat masa ini - Zuraida

Bernama
Jun 1, 2021 16:33 MYT
Zuraida berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi setelah urusan penyediaan kod tersebut siap. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pemilik syarikat sektor pengurusan fasiliti dan harta diminta tidak mengakses sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ketika ini kerana MITI sedang menyediakan kod untuk sektor tersebut yang dijangka siap selewat-lewatnya hari ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi setelah urusan penyediaan kod tersebut siap.
"Langkah berkenaan juga bertujuan mengurangkan kesesakan trafik pelayar disebabkan tahap akses terlalu tinggi ketika ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.
BACA: 'Total lockdown': Surat kebenaran beroperasi kini dikeluarkan pusat sehenti MITI - MKN
BACA: Surat MITI perlu miliki kod QR - Bukit Aman
Sektor pengurusan fasiliti dan harta adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa MITI akan bertindak sebagai kementerian pusat bagi memproses permohonan syarikat perkhidmatan perlu untuk beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh mulai hari ini hingga 14 Jun.
-- BERNAMA
#MITI #total lockdown #Zuraida Kamaruddin #Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan #Intelligent Management System #CIMS
;