Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021

Astro Awani
Jun 26, 2020 16:33 MYT
Jelas Nancy, kementeriannya sudah merancang strategi bagi merancakkan semula sektor pelancongan di negeri Bumi Kenyalang itu. FOTO: Astro AWANI
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih pada suku kedua tahun hadapan.
Keyakinan itu disuarakan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga merupakan Ahli Parlimen Batang Sadong.
Jelas Nancy, kementeriannya sudah merancang strategi bagi merancakkan semula sektor pelancongan di negeri Bumi Kenyalang itu.
Antara langkah Kementerian Pelancongan buat masa ini adalah memfokuskan kepada sektor pelancongan domestik.
“Pertama strateginya adalah daripada sektor pelancongan domestik yang kita sedang usahakan dan akan diperkuatkan dan akan melihat kepada produk-produk yang baharu.
“Dan kedua strateginya adalah untuk memastikan kerjasama dengan negara-negara ASEAN, kita nak membuka sempadan secepat mungkin dan melihat kepada negara-negara zon hijau yang dibenarkan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) untuk kita buka,” katanya.
Nancy berkata demikian dalam ucapan sempena majlis makan malam di Waterfront Hotel di Kuching pada Khamis.
Tambahnya, dengan kepelbagaian yang dimiliki negeri Sarawak, pembangunan infrastruktur pelancongan akan terus diperhebat dan diperbanyakkan.
#ASEAN #AWANI Sarawak #Batang Sadong #Bumi Kenyalang #COVID-19 #Datuk Seri Nancy Shukri #Infrastruktur #MOTAC #pelancongan #Sarawak
;