Sekretariat ASEAN sedia sokong sepenuhnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN

Bernama
Jun 6, 2024 06:20 MYT
Pertemuan Kao (kanan) dan Chang diadakan di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN ke-20 (AMMSTI-20) di Siem Reap. - Facebook ASEAN
KUALA LUMPUR: Sekretariat ASEAN bersedia untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
Komitmen itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, dalam satu pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Chang Lih Kang di Siem Reap, Kemboja pada Khamis, menurut laman rasmi X ASEAN.
"Setiausaha Agung turut memuji Malaysia atas komitmen teguh untuk mempertingkatkan ekosistem pemula di ASEAN," menurut kenyataan itu.
Pertemuan Kao dan Chang diadakan di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN ke-20 (AMMSTI-20) di Siem Reap.
Malaysia akan mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.
-- BERNAMA
#Malaysia #ASEAN #Pengerusi ASEAN #Kao Kim Hourn
;