Sekolah tutup tak halang pelajar teruskan pembelajaran

Astro Awani
April 1, 2013 07:00 MYT
Penutupan dua buah sekolah di Lahad Datu tidak menghalang pelajar-pelajar daripada meneruskan sesi pembelajaran mereka.
Sebaliknya bagi 392 pelajar dan 31 guru dari SK Lok Buani dan Tanjung Labian, mereka tetap meneruskan pembelajaran mereka di Dewan Kampung Cenderawasih, Dewan Kampung Embara Budi, Dewan Kampung Fajar Harapan dan Dewan Kampung Kembara Sakti.
Ini kerana sekolah itu rosak teruk akibat insiden pencerobohan tersebut dan masih perlu diperbaiki.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi pula memaklumkan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah lain di Semporna berjalan seperti biasa.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
#Dr Mohd Puad Zarkashi #Lahad Datu #sekolah #tutup
;