Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Astro Awani
September 27, 2015 21:07 MYT
September 27, 2015 21:07 MYT
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebelum ini penutupan sekolah di kawasan yang dilanda jerebu hanya diputuskan apabila indeks pencemaran udara (IPU) mencapai 200, namun jarak penglihatan juga boleh diambil kira dalam menentukan penutupan sekolah.
Dalam pada itu katanya proses pembelajaran yang tergendala akibat jerebu akan diganti, namun tarikhnya akan ditentukan kemudian.
Tambah Mahdzir lagi sepanjang jerebu melanda, kementerian itu telah menetapkan pukul 2 petang setiap hari sebagai waktu untuk mengumumkan sama ada sekolah akan ditutup atau beroperasi seperti biasa untuk keesokkan harinya.
Setakat jam 8 malam, tiada lagi kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat selepas lima kawasan yang mencatatkan bacaan itu pada tengah hari mula beralih kepada IPU tidak sihat setakat jam 7 malam.
Temubual di talian bersama Datuk Seri Mahdzir Khalid