Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli

Israr Khalid
Mei 19, 2022 10:15 MYT
Masalah buli harus ditangani dari akarnya, bukan sekadar merawat apabila perkara sudah berlaku. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sikap menyembunyikan kes buli di sekolah semata-mata untuk menjaga nama dan reputasi hanya akan menyebabkan masalah itu terus berlaku dan tidak akan menemui nokhtahnya.
Kata Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM, Prof Rozmi Ismail, bukan sahaja isu buli tetapi sekolah perlu lebih terbuka untuk berkongsi segala masalah terutamanya berkenaan disiplin pelajar supaya pihak luar dapat membantu menanganinya.
Beliau menceritakan pengalamannya sendiri membuat kajian berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah, di mana data yang diperoleh di sekolah tidak senada dengan rekod di Kementerian Pendidikan.
“Memang ada sekolah yang nak tutup pelajar-pelajar mereka yang terlibat hingga apabila kita buat kajian, kosong, tak ada, padahal rekod daripada KPM sendiri menyebut sekolah terbabit memang ada banyak kes berlaku.
“Jadi sampai bila kita mahu tutup benda ini? Baik kita dedahkan, kita atasi masalah ini sebab bagi saya isu buli ini perlu kita atasi daripada awal, bukan merawatnya apabila benda sudah berlaku,” katanya.
Jelasnya lagi, antara langkah yang boleh diambil adalah membuat satu bentuk saringan dan pemprofilan (profiling) sahsiah pelajar-pelajar untuk memantau perkembangan tingkah lakunya dan bertindak sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Tonton temu bual penuh bersama Rozmi dalam program Agenda AWANI, di sini:
Sekolah perlu lebih terbuka, jangan sembunyi kes buli
Agenda AWANI: Budaya Samseng | Hentikan gejala buli
#buli #reputasi #sekolah #Rozmi Ismail
;