Sekolah mula terima pelajar selepas 6 bulan ditutup

Astro Awani
Oktober 4, 2021 12:11 MYT
Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik (SMKTT), Ampang yang hadir bagi memulakan sesi pembelajaran pada pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka. - Astro AWANI/Shahir Omar
SESI persekolahan secara berperingkat bermula di beberapa negeri selepas lebih enam bulan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diadakan akibat penularan COVID-19.
Rata-rata pelajar dilihat teruja untuk kembali ke sekolah secara bersemuka mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri masing-masing, selain mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Pengoperasian sekolah mengikut sistem penggiliran ini nyata menggusarkan sebilangan ibu bapa, namun ia perlu dilakukan demi kepentingan pendidikan anak.
Semalam, sesi persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah.
Hari ini, sesi persekolahan secara bersemuka bermula di Pahang, Melaka, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan.
Sekolah Dibuka | Sesi persekolahan di 10 negeri bermula hari ini
#sekolah #bersemuka #COVID-19 #SOP
;