Sekolah menengah antara dikenakan PKPD, ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Astro Awani
Februari 5, 2021 18:52 MYT
747 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah adalah antara lokasi diumum dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.
Berikut antara lima tumpuan kenyataan media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak bermula 6 Februari sehingga 19 Februari 2021.
2. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Sebako 1 dan 2, Lundu, Sarawak bermula 6 Februari sehingga 19 Februari 2021.
3. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Dalat, Sarawak dilanjutkan bermula 11 Februari 2021 sehingga 16 Februari 2021.
4. 747 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP
5. 296,903 pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 melibatkan 12,681 majikan sejak 1 Disember 2020
#listicle #Menteri Kanan Pertahanan #Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Malaysia #COVID-19 #SOP #perintah kawalan pergerakan #PKP #PKPD #ujian saringan
;