Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu

Sinar Harian
Mac 14, 2024 10:20 MYT
Sekolah diseru untuk melanggan akhbar utama berbahasa Melayu. - Gambar hiasan/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar utama berbahasa Melayu iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.
Menerusi kenyataan, KPM memaklumkan langkah itu sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
"Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada," kata kementerian itu pada Khamis.
Ujar kementerian itu, inisiatif itu dipercayai dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid. - Sinar Harian
#Kementerian Pendidikan #langgan akhbar #Bahasa Melayu #sekolah
;