Sekolah di Muar ditutup sementara

Astro Awani
Jun 20, 2013 05:59 MYT
Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A. Ghani telah mengarahkan kesemua 200 buah sekolah di daerah Muar ditutup sementara bermula sesi petang kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencecah 383 (pada jam 11 pagi).
Satu arahan telah dikeluarkan kepada sekolah untuk ditutup sekiranya bacaan melepasi aras 300.

@501Awani @NoorAzam semua sekolah daerah muar diarahkn bercuti sehingga esok 21/06/13.....oleh Jabm Pendidikn Johor pic.twitter.com/JP76Lyib3s

— boboy manja (@boboymanja) June 20, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelas pada sesi pagi diteruskan kerana tidak mahu pelajar ditinggalkan tanpa pengawasan dan keluar dari sekolah tanpa ibu bapa mereka. Walaubagaimanapun, tiada aktiviti luar dijalankan.

@501Awani @NoorAzam setakat hari ini kerajaan negeri mengarhkn semua aktiviti luar sekolah dihentikan buat sementara pic.twitter.com/eQ9Du3ybpZ

— boboy manja (@boboymanja) June 20, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang telah mencatatkan bacaan IPU yang tinggi pada jam 11 pagi termasuk Kota Tinggi (232), Pasir Gudang (199) dan Larkin Lama (181).
#IPU #jerebu #Muar #paras tinggi