Sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau diarah tutup

Bernama
September 17, 2015 01:48 MYT
Pemandangan dari udara yang diambil menggunakan dron milik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak bagi membuat pemantauan terhadap kawasan yang terjejas akibat jerebu di sekitar bahagian Samarahan hari ini. - Gambar Bernama
Jabatan Pendidikan Sarawak pagi ini mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras tidak sihat.
Dalam satu kenyataan, ia berkata pihak sekolah sedang dihubungi untuk memaklumkan kepada ibu bapa agar membawa pulang anak masing-masing dari sekolah.
Jabatan bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah sekolah yang terlibat. Pengetua dan guru besar turut diminta untuk memastikan keselamatan pelajar semasa dijemput ibu bapa.
#jerebu #Sarawak #sekolah