Setiap sekolah baharu yang dibina kerajaan selepas ini akan dilengkapi dengan fasiliti mesra orang kelainan upaya (OKU), kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
Beliau berkata kerajaan juga akan memperuntukkan RM200,000 untuk proses menaiktaraf setiap buah sekolah kerajaan, termasuk yang berada di luar bandar, bagi menjadikan sekolah kerajaan lebih kondusif untuk warga OKU.
Menurutnya ketika ini terdapat sejumlah 82,000 pelajar yang memerlukan keperluan khas yang berdaftar dalam sistem Kementerian Pendidikan.
"Walaupun kita ada lebih kurang 10,000 buah sekolah, namun jumlah sekolah yang mempunyai fasiliti OKU tidak sampai 1,000. Jadi memang salah satu rancangan kita ialah menambah lagi fasiliti OKU di sekolah kerajaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tapak pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Grisek di Masai, pada Ahad.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Wanita Johor Liow Cai Tung, Anggota Parlimen Tebrau Steven Choong dan Pengerusi Eco World Development Group Berhad Tan Sri Liew Kee Sin.
Anggota Parlimen Kulai itu berkata langkah ini sejajar dengan "zero reject policy" yang akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan mulai tahun depan, di mana ibu-bapa yang mempunyai anak istimewa boleh menghantar anak mereka bersekolah di sekolah kerajaan.
"Murid OKU ini akan menjalani ujian saringan selama tiga bulan dan sekiranya layak, mereka boleh belajar dalam sekolah di aliran perdana," katanya.
Menurutnya bagi pelajar yang gagal melepasi ujian saringan pula, mereka masih boleh bersekolah di sekolah yang sama namun akan ditempatkan di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah Pendidikan Khas.
Sementara itu, Teo turut mengumumkan tambahan peruntukan RM4 juta untuk pembinaan SJKC Ladang Grisek khusus bagi meningkatkan jumlah kelas dalam sekolah daripada 24 buah kelas, menjadi 30 dan pembinaan beberapa fasiliti tambahan lain, termasuk pembinaan dewan serbaguna, padang bola sepak, trek olahraga dan juga hentian bas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 25 2018
![Sekolah baharu yang dibina akan dilengkapi fasiliti mesra OKU Sekolah baharu yang dibina akan dilengkapi fasiliti mesra OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81543182552_TEONIECHING.jpg)
Teo dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor Shahrudin Sharif (dua, kiri) diiringi Liew (kiri) melihat pelan projek SJKC Ladang Grisek di Taman Kota Masai, 25 Nov, 2018. --fotoBERNAMA
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
![JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714750747_TBJDTBOLA.jpg)
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
![Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713274078_LRT.jpg)
Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.
![Fasiliti indah untuk orang kaya ada, tiada untuk orang awam - PM Fasiliti indah untuk orang kaya ada, tiada untuk orang awam - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710285641_AnwarIbrahim.jpg)
Fasiliti indah untuk orang kaya ada, tiada untuk orang awam - PM
Perancangan bandar perlu berubah dan bersikap adil dengan seluruh masyarakat awam, tegas Perdana Menteri.
![Dr Mahathir puji fasiliti MRT, seolah-olah berada di negara maju Dr Mahathir puji fasiliti MRT, seolah-olah berada di negara maju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682437494_TunMMRT.jpg)
Dr Mahathir puji fasiliti MRT, seolah-olah berada di negara maju
Menerusi ciapan di Twitter beliau, Dr Mahathir berkongsikan pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya.
![Sukan SEA 2023 Kemboja: Semua kemudahan, venue sudah sedia Sukan SEA 2023 Kemboja: Semua kemudahan, venue sudah sedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681207030_TBSTADIUM.jpg)
Sukan SEA 2023 Kemboja: Semua kemudahan, venue sudah sedia
Kemboja yakin semua kemudahan dan venuenya telah bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2023 di Phnom Penh bermula 5-17 Mei.
![MRSM terima lebih 70,000 permohonan kemasukan tahun ini - Asyraf Wajdi MRSM terima lebih 70,000 permohonan kemasukan tahun ini - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639484640_TBMRSM.jpg)
MRSM terima lebih 70,000 permohonan kemasukan tahun ini - Asyraf Wajdi
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dilihat masih menjadi institusi pengajian terulung apabila menerima sebanyak 73,134 permohonan kemasukan pada tahun ini.
![Lebih baik naik taraf fasiliti sedia ada daripada bina 'gajah putih' baharu - Hannah Lebih baik naik taraf fasiliti sedia ada daripada bina 'gajah putih' baharu - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676901132_TBHANNAHYEOH.jpg)
Lebih baik naik taraf fasiliti sedia ada daripada bina 'gajah putih' baharu - Hannah
KBS mahu menerapkan budaya penyelenggaraan fasiliti sukan sedia ada di seluruh negara daripada membina lebih banyak fasiliti baharu bagi mengelakkan ia menjadi projek gajah putih.
![Vaksinasi tersusun tingkat sentimen, keyakinan pelabur - Pensyarah ekonomi Vaksinasi tersusun tingkat sentimen, keyakinan pelabur - Pensyarah ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618391628_Pengunjung.jpg)
Vaksinasi tersusun tingkat sentimen, keyakinan pelabur - Pensyarah ekonomi
Keputusan kerajaan untuk tidak mengadakan full lockdown adalah tepat namun perlu disokong dengan pelaksanaan vaksinasi yang menyeluruh.
![Potensi, ekonomi e-sukan tidak boleh dipandang enteng - Reezal Merican Potensi, ekonomi e-sukan tidak boleh dipandang enteng - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619281269_ReezalMericanNaina.jpg)
Potensi, ekonomi e-sukan tidak boleh dipandang enteng - Reezal Merican
Perkembangan e-sukan negara tidak sewajarnya dipandang rendah kerana persekitarannya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mampu menjana ekonomi anak-anak muda di negara ini.
![Universiti perlu dana baiki infrastruktur mesra OKU di kampus - Ras Adiba Universiti perlu dana baiki infrastruktur mesra OKU di kampus - Ras Adiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617865564_rasadiba.jpg)
Universiti perlu dana baiki infrastruktur mesra OKU di kampus - Ras Adiba
Presiden OKU Sentral itu berkata dana tersebut perlu agar kemudahan sedia ada dapat dibaik pulih untuk kegunaan golongan berkenaan.