Sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom

Sinar Harian
November 21, 2023 15:46 MYT
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan siasatan masih dijalankan dan dipercayai ia adalah satu ancaman palsu.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan menerima ancaman bom pada Selasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.
"Terdapat tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat terima ancaman itu.
"Siasatan masih dijalankan dan dipercayai ia adalah satu ancaman palsu,” katanya pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, di Kuala Lumpur membabitkan dua sekolah antarabangsa di Wangsa Maju yang menerima ancaman melalui hantaran emel dan Unit Pemusnah Bom sedang melakukan pemeriksaan.
Sebelum itu, satu mesej telah tular di media sosial daripada organisasi sekolah antarabangsa tentang ancaman bom itu.
Difahamkan mereka telah menerima e-mel tanpa nama mengenai ancaman bom antara 9.30 pagi dan 10.15 pagi.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#ancaman bom #sekolah antarabangsa #Ketua Polis Selangor #Hussein Omar Khan #sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur #Ketua Polis Kuala Lumpur #Allaudeen Abdul Majid
;