Sekolah agama di bawah JAIS ditutup esok
Bernama
Oktober 21, 2015 00:02 MYT
Oktober 21, 2015 00:02 MYT
Sebanyak 583 sekolah agama di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terus ditutup esok berikutan keadaan jerebu yang masih belum reda.
Pengarahnya, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata penutupan itu adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan yang terus menutup sekolah di kawasasn yang terjejas teruk dengan jerebu.
"Tiada penggantian kelas perlu dibuat, bagaimanapun kakitangan sekolah perlu hadir bekerja seperti biasa," katanya.
Sementara itu, beliau turut menyarankan semua masjid dan surau untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi memohon supaya musibah jerebu yang melanda negara berakhir segera.