Sekitar 80 peratus pejabat Felcra Sungai Ara musnah dalam kebakaran

Bernama
Mei 23, 2023 13:09 MYT
Pejabat Felcra Bhd Kawasan Sungai Ara di sini terbakar 80 peratus dalam kejadian pada pukul 3.23 pagi tadi. Facebook Orang Kota - Tinggi
KOTA TINGGI: Pejabat Felcra Bhd Kawasan Sungai Ara di sini terbakar 80 peratus dalam kejadian pada pukul 3.23 pagi tadi.
Komander Operasi, yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Tinggi II Rafie A Karim berkata 21 anggota termasuk anggota bantuan daripada BBP Mersing terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran.
"Anggaran kemusnahan adalah 80 peratus daripada keseluruhan pejabat, bagaimanapun insiden itu tidak melibatkan mangsa.
"Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.06 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
#FELCRA #Sungai Ara #pemadaman kebakaran #Kota Tinggi
;