Sekeluarga berseronok naik kereta curi ditahan

Bernama
April 29, 2016 15:42 MYT
Hasil siasatan mendapati kenderaan jenis Toyata Vios itu didaftarkan dengan nombor kenderaan palsu yang dipercayai milik kenderaan lain. -Gambar hiasan
Satu keluarga seramai tiga orang begitu seronok menaiki kereta yang pihak polis percaya telah dicuri.
Namun hasrat mereka untuk bersiar-siar dengan kereta itu terbantut apabila mereka ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Abdul Aziz Awang Darus ketiga-tiganya termasuk seorang warga emas berumur 63 tahun ditahan di hadapan rumah mereka di Taman Sri Putra, Kuang setelah pihak polis yang sedang meronda kawasan tersebut mengenal pasti kereta tersebut bukan milik mereka.
"Hasil siasatan mendapati kenderaan jenis Toyata Vios itu didaftarkan dengan nombor kenderaan palsu yang dipercayai milik kenderaan lain.
"Kereta itu juga di laporkan hilang pada bulan Disember tahun lepas. Seorang suspek wanita berumur 22 tahun mendakwa kenderaan tersebut adalah milik suaminya yang turut ditahan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Buloh, di sini hari ini.
Ketiga-tiga suspek kini di siasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun serta denda dan di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan yang boleh di penjara tidak kurang dari satu tahun atau tidak lebih daripada tujuh tahun serta denda.
Suspek di serahkan ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh memberkas tiga suspek berumur antara 20 hingga 21 tahun di sebuah rumah di Desa Aman Puri, Kepong pada 26 April lalu atas dakwaan menyamun motosikal.
Abdul Aziz berkata sebuah motosikal jenis Kawasaki yang dipercayai disamun turut dijumpai.
#Abdul Aziz Awang Darus #bersiar-siar dengan kereta curi #Taman Sri Putra #tiga sekeluarga #Toyata Vios
;