Sekatan perjalanan keluar masuk Sabah mulai 12 Oktober, ini 5 tumpuan kenyataan media PKPP
Isabelle Leong
Oktober 6, 2020 15:17 MYT
Oktober 6, 2020 15:17 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah dan ke Sabah melibatkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula 12 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (6 Oktober 2020):
1) Seramai 363 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Daripada jumlah itu, seramai 307 individu dikompaun, 56 lagi direman.
3) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (144), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (129) dan gagal menjaga penjarakan fizikal (53).
4) Pihak berkuasa berjaya menahan 151 PATI dan seorang tekong menerusi Operasi Benteng.
5) Kerajaan bersetuju untuk mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula 12 Oktober 2020 hingga 25 Oktober 2020.
#sekatan perjalanan
#Sabah
#tumpuan
#Kenyataan Media
#ismail sabri yaakob
#Semenanjung
#Sarawak
#Labuan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Operasi Benteng