Sekatan jalan raya Putrajaya tamat tengah malam tadi

Bernama
September 9, 2021 05:00 MYT
Sekatan jalan raya di Putrajaya ditamatkan 12 tengah malam tadi selepas beroperasi selama sembilan bulan sejak 13 Januari lepas. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya ditamatkan 12 tengah malam tadi selepas beroperasi selama sembilan bulan sejak 13 Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata walaupun SJR ditamatkan namun orang awam dingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19.
Beliau berkata operasi pematuhan akan dipergiatkan dengan penambahan anggota untuk memastikan orang awam memasuki Putrajaya patuh SOP sama ada bagi tujuan riadah atau pelancongan domestik.

Terima kasih, jasamu dikenang... [Berita] Sekatan Jalan Raya Putrajaya tamat tengah malam ini @PDRMsia @MKNJPMhttps://t.co/88RORxIcwM pic.twitter.com/mkUeLUrJgl

— BERNAMA (@bernamadotcom) September 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penamatan SJR itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung rentas daerah dibenarkan di Lembah Klang, membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan memaklumkan dua SJR ditutup iaitu di Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram di bawah laluan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Bagaimanapun, katanya empat lokasi SJR dikekalkan iaitu di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.
-- BERNAMA
#Sekatan Jalan Raya #Putrajaya #rentas daerah #SJR
;