Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi

Cynthia Ng
Januari 29, 2017 21:50 MYT
MUSTAFA: Sekatan imigresen Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi. - Gambar fail
Sekatan imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak berkata langkah tersebut dibuat secara menyeluruh tanpa mengira sama ada mereka ini pengganas atau tidak.
"Tidak masuk akal kalau seluruh penduduk dari tujuh negara tersebut merupakan pengganas," kata Dr Mustafa di Hari Ini 8.
BACA: PM Kanada buka pintu kepada pelarian yang dilarang masuk Amerika
BACA: Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump
Trump pada Jumaat melarang kemasukan pelancong dan pendatang dari tujuh negara Islam selama 90 hari iaitu Syria, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.
Kata Trump, langkah tersebut bertujuan membantu melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas.
"Perkara ini buat pertama kali dilakukan di AS di mana satu tindakan dibuat oLeh presiden berasaskan kepada satu prinsip yang dijunjung AS selama ini, iaitu tidak diskriminasi terhadap individu berdasarkan kaum, agama dan jantina," tambah Dr. Mustafa.
Trump turut mengenakan empat bulan sekatan terhadap pelarian yang datang ke AS.
Bagaimanapun, beliau berkata, AS akan memberi pengecualian kepada pelarian Syria yang beragama Kristian.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Francois Hollande #halangan kemasukan #pelarian #Perancis #sekatan imigresen
;