Sekarang masanya Malaysia rebut RM1 trilion pasaran pelancongan Islam – KP ITC

Irfan Faruqi
September 10, 2024 21:44 MYT
Nizran berkata dengan ekosistem pelancongan mesra muslim yang matang di Malaysia, maka sekarang adalah masanya untuk merebut peluang ekonomi dalam sektor ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan Islam diunjurkan akan berkembang mencecah nilai RM1 trilion menjelang tahun 2028.

Ringkasan AI
  • Pertumbuhan Sektor Pelancongan Islam: Sektor pelancongan Islam diunjurkan mencapai nilai RM1 trilion menjelang 2028, dengan potensi besar dari 230 juta pelancong Muslim. Peluang Ekonomi untuk Malaysia: Malaysia perlu merebut peluang ekonomi ini sekarang, memanfaatkan ekosistem pelancongan mesra Muslim yang matang. Inisiatif ITC: ITC menganjurkan Islamic Tourism Month (ITM) dan World Islamic Tourism Conference (WITC) untuk mempromosikan dan mengembangkan sektor pelancongan Islam.

Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC), Nizran Noordin berkata dengan ekosistem pelancongan mesra muslim yang matang di Malaysia, maka sekarang adalah masanya untuk merebut peluang ekonomi dalam sektor ini.
“Kita lihat pula potensi ekonomi, Mastercard-CrescentRating mengunjurkan menjelang tahun 2028, saiz pelancongan mesra muslim melebihi USD225 bilion (hampir RM1 trilion) berdasarkan kepada unjuran 230 juta pelancong muslim yang akan mengembara.
“Di manakah Malaysia untuk mengambil kesempatan dan eksploitasi peluang yang besar ini? Berdasarkan kepada pasaran yang kita bincangkan tadi, masanya adalah sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Nizran menjelaskan pasaran pelancongan Islam melibatkan 2 bilion muslim dari serata dunia, 1.1 bilion muslim di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), 255 juta muslim di rantau ASEAN dan 350 juta muslim di negara-negara bukan majoriti muslim.
Jelasnya, demi merebut peluang ekonomi tersebut ITC menganjurkan Islamic Tourism Month (ITM) yang akan berakhir pada 30 September akan datang.
Agensi pelancongan Islam itu akan menganjurkan 4th World Islamic Tourism Conference (WITC) pada 12 dan 13 September dengan tawaran potongan harga 50 peratus dengan menggunakan kod promo ASTROAWANI dengan melayari witc.gov.my.
Maklumat lanjut mengenai ITM boleh diperolehi di itm.itc.gov.my.
Masanya sekarang untuk Malaysia rebut RM1 trilion pasaran pelancongan Islam – KP ITC
#pelancongan #Pelancongan Islam #Islamic Tourism Month #World Islamic Tourism Conference #WITC #ITC #ITM
;