Sejuta rumah mampu milik akan dibina dalam lima tahun
Astro Awani
April 6, 2013 07:40 MYT
April 6, 2013 07:40 MYT
Sebanyak sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan dibina dalam tempoh lima tahun.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembinaan itu akan digerakkan oleh sektor awam dan swasta dengan harga ditawarkan kurang 20 peratus daripada pasaran.
Perkara itu antara yang terkandung dalam akujanji Barisan Nasional (BN) bagi dalam usaha menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.
Golongan pendapatan rendah dan sederhana juga akan dibantu memperbaiki rumah mereka.
Kerajaan juga akan memansuhkan yuran setem bagi pembeli rumah pertama berharga di bawah RM400,000 selain meneruskan projek perumahan terbengkalai.
Kawasan setinggan juga akan digantikan dengan kawasan perumahan yang lebih selesa.