Sehari menghilang, pemuda OKU ditemui terapung tidak bernyawa
Lynch Cowan
Mac 20, 2020 13:24 MYT
Mac 20, 2020 13:24 MYT
Pasukan Operasi dan Menyelamat (SAR) telah berjaya menemui mayat lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang semalam di Kampung Simpok, Jalan Padawan, Siburan.
Mangsa, Mac Aloysious Gago, 25 tahun, ditemui terapung di Sungai Simpok sekitar jam 10.12 pagi 7 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi pencarian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pada Khamis, Balai Bomba dan Penyelamat Siburan menerima panggilan daripada seorang anggota bomba sukarela memaklumkan mengenai kehilangan mangsa.
Mangsa kali terakhir dilihat berada di atas jambatan Kampung Simpok tanpa memakai baju dan hanya berseluar pendek hitam.
Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir dilihat bermain atas jambatan tersebut.
#hilang
#jambatan
#Kampung Simpok
#lemas
#Mac Aloysious Gago
#OKU
#operasi
#Padawan
#penduduk kampung
#SAR
#Sarawak
#Siburan