PUTRAJAYA: Akta khusus bagi menangani kesalahan buli dalam kalangan pelajar sekolah perlu diwujudkan secepat mungkin.
Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (Aswa), Wan Azliana Wan Adnan berkata, ketika ini tidak ada sebarang undang-undang khusus kepada jenayah itu dan tindakan perundangan membabitkan kesalahan itu hanya diambil menerusi peruntukan Kanun Keseksaan.
"Kerajaan perlu menggubal undang-undang khusus bagi melaksanakan tindakan terhadap kes buli, mengambil kira kes buli juga merupakan suatu jenayah yang boleh membawa kepada kecederaan serius serta kematian kepada pelajar sekolah.
"Ini adalah untuk memastikan keseragaman tindakan disiplin di setiap sekolah di Malaysia dan penekanan hukuman terhadap pelaku buli yang telah mengakibatkan kesan buruk kepada mangsa buli," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan isu berkenaan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Selasa.
Pertemuan kira-kira satu jam itu turut dihadiri tiga keluarga mangsa buli termasuk seorang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan yang mendakwa dicederakan pelajar senior.
Sehubungan itu kata Wan Azliana, pertubuhan itu akan menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan.
Selain akta baharu itu, antara lain yang dicadangkan menerusi memorandum itu adalah supaya kerajaan meneliti tugas warden agar liabiliti pihak sekolah yang gagal atau cuai memantau kejadian buli di sekolah dapat dielakkan.
"Kami juga ada menyentuh mengenai masalah serta kekurangan prosedur tindakan buli di Malaysia serta cadangan penambahbaikan telah kami sediakan dalam Laporan Kes Buli Sekolah di Malaysia bertarikh 30 Mei 2022," ujarnya.
Wan Azliana juga menyatakan kesediaan untuk membentangkan dan membincangkan secara terperinci cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dalam laporan yang dilampirkan bersama-sama memorandum itu.
"Kami berharap agar cadangan-cadangan kami dapat membantu pihak berautoriti untuk memperhalusi undang-undang negara untuk mengawal kes buli di Malaysia," katanya lagi.
Sementara itu bapa kepada seorang pelajar yang mendakwa dibuli berkata, dia bimbang untuk menghantar anaknya ke sekolah yang sama selepas insiden itu.
"Selepas mereka (suspek) dilepaskan daripada tahanan reman, mereka masuk balik ke sekolah seperti biasa. Sekiranya saya hantar anak saya ke sekolah, mungkin kena seranglah anak saya. Tak kan nak tunggu sampai dia (anak) mati? soalnya.
Umavathi Ramayah
Tue May 31 2022

Wan Azliana Wan Adnan (kiri) menunjukkan memorandum berhubung cadangan penggubalan akta baharu berkaitan buli. - Gambar Astro AWANI
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.