'Sedih, namun saya percaya ini yang terbaik' - Anak Sharifah Aini

Faida Rahim
Julai 2, 2024 19:20 MYT
Gambar kecil atas: Keadaan terkini rumah Allahyarham Sharifah Aini yang sudah diratakan. Gambar besar: Keadaan rumah sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Anak kepada Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali mengakui sedih dengan keputusan menjual kediaman ibunya yang terletak di Petaling Jaya.

Ringkasan AI
  • Aliff Omar Ali, anak kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini, mengakui sedih tetapi merasakan menjual rumah ibunya di Petaling Jaya adalah keputusan yang tepat.
  • Aliff berterima kasih kepada semua yang masih mengingati ibunya dan menghargai perhatian yang diberikan.
  • Rumah berkenaan yang diiklankan pada harga RM8 juta pada 2018 telah dijual pada harga kira-kira RM4 juta dan kini telah diratakan untuk pembinaan bangunan tiga tingkat oleh pemilik baharu.

Bagaimanapun, menurut Aliff, tindakan itu merupakan keputusan yang terbaik.
“Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk dilakukan.
“Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Wakil pemaju terkejut rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
BACA: Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
BACA: Sudah terlambat selamatkan rumah Sharifah Aini, kerajaan digesa buka galeri khas
Dalam pada itu, Aliff turut berterima kasih kepada semua pihak yang masih ingat kepada Allahyarham ibunya.
“Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingati ibu saya yang telah lama meninggal dunia,” katanya.
Pada 2018, rumah berkenaan dilaporkan diiklankan di laman Facebook untuk dijual dengan harga RM8 juta dan pada iklan tersebut juga ada menyatakan bahawa rumah tersebut milik seorang penyanyi terkenal.
Tinjauan Astro AWANI di tapak rumah itu hari ini mendapati, kediaman itu sudahpun diratakan pemilik baharu tanah untuk pembinaan bangunan tiga tingkat dan wakil syarikat pemaju memberitahu hartanah itu dibeli pada harga kira-kira RM4 juta.
Allahyarham Sharifah Aini yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia pada 5 Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada usia 61 tahun, akibat jangkitan pada paru-paru.
#Sharifah Aini #roboh rumah #jual rumah #anak Sharifah Aini
;