Sederhana, jangan bazir makanan semasa Ramadan - Najib

Bernama
Jun 7, 2016 18:53 MYT
Najib mengingatkan umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir makanan dalam bulan Ramadan ini. -Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir makanan dalam bulan Ramadan ini.
"Waktu-waktu begini, tentu ramai sedang mencari juadah berbuka di bazar Ramadan dan sebagainya.
"Saya harap kita ingat untuk bersederhana dan tidak membazir makanan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini," kata perdana menteri di laman Twitter dan Facebook beliau.
Dalam Facebooknya itu, Najib turut menyentuh mengenai konsep kesederhanaan sememangnya ditekankan dalam Islam.
#Bazar Ramadan #bulan Ramadan #juadah berbuka #Najib Razak #tidak membazir makanan
;