Sedekah membawa barakah. Jom kongsi rezeki dengan hanya imbas kod SedeQR!
Eton Khir
Julai 19, 2022 13:48 MYT
Julai 19, 2022 13:48 MYT
KUALA LUMPUR: Sedar tak sedar, kita sudah pun memasuki bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah dimana kelazimannya umat Islam melaksanakan ibadah haji dan korban. Namun, bukan semua muslimin dan muslimat dikurniakan rezeki dan diberikan kesempatan untuk mengerjakan ibadah-ibadah tersebut di bulan yang suci ini.
Pelbagai kelebihan dan keistimewaan beribadah turut diberikan kepada umat Islam yang tidak berpeluang menunaikan haji pada tahun ini untuk merebut ganjaran pahala berganda.
Sebagai syarikat pengendali takaful yang komited terhadap kesejahteraan komuniti, AIA PUBLIC Takaful menyediakan sebuah platform bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik hanya melalui imbasan kod QR.
Dengan kaedah imbasan kod QR, orang ramai kini boleh membuat amal jariah dan bersedekah dengan dengan lebih mudah dan pantas. Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh menyalurkan sumbangan derma terus kepada YFBM dengan mengimbas kod SedeQR menggunakan pengimbas QR aplikasi bank mereka dan memasukkan jumlah amaun yang ingin didermakan.
Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada komuniti setempat yang kurang bernasib baik di seluruh negara.
Cara-cara untuk menderma dengan SedeQR:
- Layari laman web www.foodbank.malaysia
- Pilih kaedah sumbangan melalui DuitNow QR atau BillPlz
Kaedah DuitNowQR :
- Imbas kod SedeQR dengan pengimbas QR aplikasi bank ATAU
- Tangkap layar imej SedeQR dan “imbas dari galeri anda” daripada aplikasi bank
- Masukkan amaun yang ingin didermakan
- Untuk memohon pengecualian cukai, sila tekan butang “Tuntutan Resit Pengecualian Cukai”
- Simpan bukti/resit transaksi untuk dimuat naik semasa mengisi borang permohonan Tuntutan Resit Pengecualian Cukai
- Klik butang “Derma Melalui BillPlz”
- Isikan butiran yang diperlukan dan amaun sumbangan
- Masukkan kod rujukan “APTBRezekiDikongsi”
- Selesai proses sumbangan, anda akan dibawa terus ke Borang Permohonan Pengecualian Cukai.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, sambil menerima segala pemberian Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar. Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).” (Surah Al-Zariyat ayat 15-19).
Jom SedeQR hari ini dan berkongsi rezeki untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna! Kempen ini berakhir pada 31 Julai 2022.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.foodbank.malaysia atau ikuti saluran media sosial Facebook dan Instagram, AIA PUBLIC Takaful untuk info terkini.
*Artikel ini merupakan kandungan berbayar