Sedar kepentingan suara anak muda, organisasi berminat gaji mereka
Isabelle Leong
Ogos 24, 2018 08:00 MYT
Ogos 24, 2018 08:00 MYT
Lanskap Malaysia Baharu membuktikan pentingnya peranan anak muda dalam membuat perubahan.
Mengakui hakikat ini, semakin banyak organisasi mengambil pendekatan mendampingi dan mendengar suara anak muda.
Pandangan itu dikongsi Pakar Psikologi Organisasi dan Jurulatih Peribadi Bertauliah O Psych Sdn Bhd, Hetal Doshi kepada Astro AWANI.
Menurutnya, semakin banyak organisasi kini membuka pintu kepada anak muda bagi mengisi portfolio penting dalam organisasi mereka.
“Syarikat-syarikat kini berminat untuk menggaji orang muda untuk mengambil alih kedudukan yang lebih berpengalaman.
“Hal ini kerana mereka ingin mengangkat suara anak muda dalam organisasi mereka. Saya tidak dapat mendedahkan nama organisasi tetapi saya faham bahawa terdapat tekanan.
“Tekanan yang terbaik tentunya datang daripada wujudnya lebih wanita di bahagian pengurusan tinggi. Terdapat 50 peratus daripada populasi adalah wanita,” katanya.
Pakar psikologi itu menyifatkan pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama sebagai langkah kerajaan mengiktiraf dan memperakui kewibawaan golongan itu.
Kesanggupan perdana menteri, Tun Dr Mahathir untuk terus bekerja pada usia 93 tahun juga, katanya, memberi inspirasi kepada pemimpin organisasi yang menjangkaui umur 60 tahun melewatkan persaraan mereka.
#anak muda
#Hetal doshi
#lanskap
#Malaysia Baharu
#Pakar Psikologi Organisasi
#Perdana Menteri
#suara
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah