Mahkamah Persekutuan menangguhkan sebutan kes melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang dijadualkan pada Rabu kepada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Dalam satu kenyataan Lawyers For Liberty di sini, rayuan yang dibuat Peguam Negara itu diberi atas alasan mahkamah memerlukan lebih masa untuk mengkaji kes lampau PP vs Siow Chung Peng yang membolehkan kes Nik Nazmi digugurkan dari Mahkamah Persekutuan. (di dalam kes Siow, kes dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan berakhir di Mahkamah Rayuan, tiada rayuan lanjut dibawa ke Mahkamah Persekutuan)

Peguam Negara telah mengemukakan permohonan itu pada 7 Julai dan diluluskan Mahkamah Persekutuan.

Kes itu tidak akan disambung esok selain tiada tarikh baru diumumkan.

Pada awal Mei, Mahkamah Sesyen membebaskan tetapi tidak melepaskan Nik Nazmi daripada dakwaan kali kedua melanggar Akta Perhimpunan Aman (PAA).

Nik Nazmi juga telah dibebaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(5) PAA kerana didakwa gagal mengeluarkan notis 10 hari mengikut Seksyen 9(1) akta sama, ketika menganjurkan perhimpunan 'Black 505'.

Perhimpunan berkenaan berlangsung di Stadium Kelana Jaya tidak lama selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Tuduhan itu serupa dengan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah sama tahun lalu selepas perhimpunan 8 Mei itu.