'Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib

Astro Awani
Oktober 25, 2021 13:59 MYT
Hanipa persoal mengapa Najib perlu ke Singapura hingga sebulan hanya semata-mata untuk melawat anak yang melahirkan anak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini persoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, beliau persoal mengapa Najib perlu ke Singapura hingga sebulan hanya semata-mata untuk melawat anak yang melahirkan anak.
"Kenapa pihak yang bertanggungjawab meruntuhkan ekonomi negara iaitu YB Pekan diberi layanan istimewa?
"Boleh pergi Singapura untuk sekian lama. Kenapa dibenarkan pergi begitu lama?
"Alasan untuk lawat anak bersalin, dia bukan bidan.
"Kalau nak ke Singapura, mungkin pergi lima hari cukup, tapi dekat sebulan," soalnya.
Beliau berkata demikian ketika membahas usul untuk mengungkai Ordinan-ordinan Darurat di Dewan Rakyat pada Isnin.

"Alasan melawat anak nak bersalin. Dia (Najib) bukan bidan. Nak ke Singapura, 5 hari cukup. Ini dekat sebulan. Adakah YB Pekan ini bidan?" - Hanipa persoal keistimewaan diterima @NajibRazak#AWANInews#SisiTVParlimen#DewanRakyat pic.twitter.com/odoHhLQuI7

— Astro AWANI (@501Awani) October 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Najib bukan bidan, sebulan lawat anak bersalin di Singapura
#Dewan Rakyat #Hanipa Maidin #Najib Razak #Najib bidan Singapura
;