Seberang Perai lokasi terbaharu lebih 30 hari tanpa hujan

Bernama
April 1, 2016 08:16 MYT
Chuping, Perlis dan Alor Setar, Kedah masih dilanda gelombang haba dengan suhu tertinggi masing-masing iaitu 38.6C dan 37.9C. - Gambar hiasan
Seberang Perai, Pulau Pinang merupakan lokasi terkini mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 31 hari sehingga semalam.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata Langkawi, Kedah mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 45 hari manakala Arau, Perlis pula selama 40 hari.
"Bagi bacaan suhu, secara amnya sehingga 4 petang semalam, kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung mencatatkan bacaan melebihi 35 darjah celsius," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Madius berkata Chuping, Perlis dan Alor Setar, Kedah masih dilanda gelombang haba dengan suhu tertinggi masing-masing iaitu 38.6C dan 37.9C.
#cuaca panas #fenomena El Nino #pulau pinang #Seberang Perai #suhu tinggi
;